Tuesday, 26 July 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEHADIRAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK yang bakal menjelma tak lama lagi kepada semua umat Islam.
Semoga dengan kehadiran Bulan Ramadhan yang mulia ini, kita sama – sama memperbanyakkan amal ibadat terhadap Allah S.W.T.
Fadhilat Semayang Sunat Terawih

Malam ke 1 – Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam ke 2 – Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.

Malam ke 3 – Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke 4 -Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam ke 5 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke 6 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Malam ke 7 – Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Malam ke 8 – Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke 9 – Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.

Malam ke 10 – Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Malam ke 11 – la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke 12 – la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam ke 13 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam ke 14 – Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke 15 – Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam ke 16 – Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke 17 – Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke 18 – Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam ke 19 – Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.

Malam ke 20 – Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam ke 21 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam ke 22 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam ke 23 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam ke 24 – Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 25 – Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam ke 26 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 27 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam ke 28 – Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.



Malam ke 29 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ke 30 – Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar.

Selain daripada fadhilat-fadlulat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat Tarawih atau , Qiam. Ramadhan ini bagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW.



Adakah kamu dan si dia sehaluan??


Setiap pasangan bercinta pasti akan merasai dunia ini mereka yg punya. 'Cinta mencintai beerti memaafkan, memberi dan saling mengerti.' Namun setiap perhubungan itu akan lebih bermakna jika setiap pasangan mempunyai prinsip yg sama. Mungkin pada kamu kini tidak perlu lagi timbul rasa sangsi di antara satu sama lain. Tapi, bagaimana pula jika kamu berdua berbeza prinsip? Di mana temanmu itu sering memberi salah tanggapan terhadap apa yg kamu berikan atau kamu jenis pemaaf dengan setiap kesalahan yg dilakukan oleh temanmu. Jika di dalam soal ini, kamu harus pandai memainkan perananmu utk menjamin kebahagiaan perhubunganmu. Jangan pula kamu sering timbulkan pergaduhan di saat bertemu. Kamu seharusnya mendalami hati dan perasaannya. Jgn terlalu menuduh melulu. Ia akan memberi kesan negatif pada kamu juga.

Masalah Pendidikan

Masalah pendidikan memang tidak dapat dipisahkan bagi golongan bercinta seperti kamu. Mungkin si dia lebih bijak dan pintar dari kamu atau sebaliknya. Tahap pemikiran kamu berdua mungkin agak berbeza. Di mana kamu mempunyai cara tersendiri utk menyelesaikan segala masalah. Tetapi mungkin si dia berlainan pula daripada kamu. Kamu harus menerima kenyataan, bahawa cara org yg mempunyai imaginasi dan taraf pemikiran yg tinggi mungkin mempunyai cara yg tersendiri utk melarikan diri daripada dibelenggu oleh masalah. Tetapi jgn kamu berasa tertekan dan terasa hati jika temanmu itu mempunyai taraf pendidikan yg lebih tinggi daripada kamu. Kadangkala dalam konteks menyelesaikan masalah, mungkin kamu lebih bermain dengan emosi dan perasaan. Walaupun begitu, ini bukanlah bermakna tarafmu terlalu rendah berbanding dengannya. Baginya kamu tetap sama, tiada rendah atau tinggi. Tetapi di dalam soal kepimpinan, kamu haruslah menghormatinya. Mungkin juga kamu merasai, kamu telah dibelakangi, tetapi jgn kamu membuat salah tanggapan terhadapnya. Si dia masih tetap menyayangimu.

Masalah Usia

Masalah usia sering dikaitkan dengan kematangan dan kedewasaan seseorang. Sekarang ini apa yg perlu kamu fahami ialah jika pasanganmu lebih tua usianya berbanding kamu. Walaupun umurnya lebih tua daripada kamu, ia bukanlah bermakna cara pemikiranmu lebih cetek berbanding dengannya. Cuba saling bertolak-ansur antara satu sama lain. Mungkin di dalam membina satu perhubungan kamu haruslah bersikap matang di mana jgn terlalu berprasangka buruk terhadap temanmu. Anggaplah si dia sudah menjadi hakmu sepenuhnya dan kamu pula adalah miliknya pula. Sementara itu, si dia akan terfikir bahawa kehadiranmu di dalam hidupnya telah memberi satu sinar baru dan mewarnai hidupmu. Jadi kamu harus bijak di dalam menjamin keharmonian dan keutuhan hubunganmu.

Masalah Keluarga

Mungkin ia telah menjadi kebiasaan apabila kamu dan pasanganmu tinggal di dalam bandar yg sama, taman perumahan yg sama dan pejabat yg sama. Jadi di dalam soal ini, kamu seharusnya memahaminya. Kadangkala masalah akan banyak timbul jika kita tinggal berdekatan. Pelbagai cabaran dan ujian yg akan datang utk menguji keutuhan perhubungan kita. Jadi, kamu haruslah memahaminya. Sepanjang perhubunganmu, pernahkah si dia membatalkan rancangannya utk berkunjung ke rumahmu. Tambahan pula pada ketika orang tuamu sedang menunggu kehadirannya. Jika ia berlaku di dalam hidupmu, kamu tidak boleh menyalahkan si dia. Kamu harus kaji kenapa si dia harus membatalkan niatnya. Di sini kamu harus berperanan sebagai seorang kekasih yg begitu memahami, mungkin juga si dia sibuk dgn tugasnya ketika itu. Kamu tahu kan itu semua utk kamu juga, kan? Mungkin dia juga mempunyai komitmen terhadap keluarganya juga pada waktu itu.

Kepercayaan

Perbezaan kepercayaan memang sering berlaku di dalam perhubungan. Namun begitu jika tiada sedikit pertelingkahan di dalam perhubungan juga tidak sah di dalam menjalinkan perhubungan. Kadangkala ia dapat memperkukuhkan sesuatu perhubungan itu. Kamu haruslah memainkan perananmu. Jgn terlalu mengongkong. Mungkin pernah berlaku di dalam hidupmu si dia membatalkan pertemuan di saat2 terakhir. Kamu haruslah cuba faham. Mungkin hari yg kamu tetapkan tidak sesuai baginya.

Masalah Keupayaan

Masalah ini normal berlaku kepada pasangan bercinta. Mungkin juga kamu lebih mementingkan soal perasaan dan belaian manja sedangkan si dia lebih mementingkan soal berdiri di bumi yg nyata. Namun ia bukanlah menjadi batu penghalang di antara kamu dan si dia. Oleh itu, jalan yg terbaik ialah sebelum kamu mengetahui prinsip yg dipegang olehnya, adalah lebih baik kamu jgn mengambil sebarang tindakan. Jika kamu mengambil tindakan yg melulu, ia mungkin akan merosakkan perhubungan juga. Kaji siapa dia dan siapa kamu. Mungkin masalah itu timbul daripadamu juga. Cuba bawa berbincang. Ia akan dapat menyelamatkan perhubungan.

By:Mizie_celcomcrew

Kepada Golongan Wanita Untuk Lelaki Yang Ingin Buka Cawangan Baru




Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.

Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cubaterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"

isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

Monday, 25 July 2011

Bagaimana Hati Seorang Lelaki Apabila Mencintai Seseorang Wanita Itu???

facebookJawapan:
Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ni, tiba-tiba semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya

Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat ape sahaja utk kekasihnye. sekeras manepun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hati dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah, diantara tanda-tanda lelaki yg jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu utk kekasihnye dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnye dan berubah menjadi org yg kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnye kerana dia sayangkan kekasihnye

4. Dia akan berusaha mengongkong kebebasan kekasihnye kerana perasaan cemburunye yg meluap-luap

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnye

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnye kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnye.

8. Dia mudah rasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnye tidak menumpukan sepenuh perhatian padanye.

9. Adakalanye dia seperti seorg anak kecil yg meminta perhatian kerana dia mahukan kekasihnye melayannye lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup menbantu kekasihnye melakukan ape saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnye.

12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnye berjauhan daripadanye terlalu lama

13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnye.

14. Dia mementingkan kekasihnye dari dirinye sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakan kekasihnye mencintainye kerana dia merasa kasihnye lebih kuat dari kekasihnye

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannye.

17. Dia akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnye walaupun terpaksa menunggu kekasihnye dengan sabar

18. Dia membanggakan kekasihnye depan org lain.

19. Kalau dia ditinggalkan oleh kekasihnye, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharapkan kekasih kembali padanye.

20. Apabila timbul org kedua, dia akan hilang akal dan sanggup buat pe saja utk merebut kembali kekasihnye.

21. Dia menganggap kekasihnye sebagai org yg paling dipercayainye dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawa sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang pada kekasihnye namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinye belum 100% mencintai kekasihnye.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya utk seorg perempuan...