>
>
> 1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b.
Malik
> r.a. katanya,
> Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku
> menghitung 6 perkara menjelang
> hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di
> antaranya, iaitu
> penaklukan
> Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
>
> 2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah
> manusia2 yang buruk, yang
> seenaknya melakukan persetubuhan seperti
> himar (keldai). Maka pada
> zaman
> mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih
> Muslim
>
> 3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir
> zaman akan terjadi tanah
> runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang
> bertanya kepada Rasulullah;
> "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda
> menjawab; "Apabila
> telah bermaharajalela bunyian (muzik) &
> penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah
>
> 4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di
> antara tanda2 telah dekatnya
> kiamat ialah manusia bermegahan dalam
> mendirikan masjid" - Riwayat
> Nasai.
>
> 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &
> hubungan dengan tetangga
> tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga
> banyak perbuatan &
> perkataan keji, memutuskan hubungan
> silaturahim & sikap yang buruk
> dalam
> tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
>
> 6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak
> akan datang hari kiamat
> sehingga Allah mengambil orang2 yang baik &
> ahli agama di muka bumi,
> maka tiada yang tinggal padanya kecuali
> orang2 yang hina & buruk yang
> tidak mengetahui yang makruf dan tidak
> mengingkari kemungkaran" -
> Riwayat Ahmad
>
> 7) Orang yang hina mendapat kedudukan
> terhormat. "Di antara tanda
> semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan
> dikuasai oleh Luka' bin Luka'
> (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang
> paling baik ketika itu ialah
> orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang
> mulia" - Riwayat Thabrani
>
> 8) Mengucapkan salam kepada orang yang
> dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya
> di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat
> ialah manusia tidak mahu
> mengucapkan salam kepada orang lain kecuali
> yang dikenalnya saja." -
> Riwayat Ahmad
>
> 9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi
> hakikatnya telanjang.
> Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara
> tanda2 telah hari kiamat
> ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila
> mereka memakainya
> keadaannya
> seperti telanjang".
>
> 10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara
> tanda2 telah dekatnya hari
> kiamat ialah menggelembung (membesarnya)
> bulan sabit." - Riwayat
> Thabrani
>
> 11) Banyak dusta & tidak tepat dalam
> menyampaikan berita. "Pada akhir
> zaman akan muncul pembohong2 besar yang
> datang kepadamu dengan membawa
> berita2 yang belum pernah kamu dengar &
> belum pernah didengar oleh
> bapa2
> kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu
> dari mereka agar mereka
> tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih
> Muslim
>
> 12) Banyak saksi palsu & menyimpan
> kesaksian yang benar. "Sesungguhnya
> sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
> kesaksian palsu &
> disembunyikan kesaksian yang benar." -
> Riwayat Ahmad
>
> 13) Negara Arab menjadi padang rumput &
> sungai. "Tidak akan datang hari
> kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi
> padang rumput & sungai2" -
> Sahih Muslim
No comments:
Post a Comment